Monday 8 October 2012

KATA SERU


1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,    
    hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya.

2. Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi
     atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

 

LATIHAN TATABAHASA ( TANDA BACA )


TANDA BACA

1.  A   “Memang benar ibu! Banyak orang yang mengikuti ceramah motivasi itu!” kata Lilis.

     B   “Memang benar ibu, banyak orang yang mengikuti ceramah motivasi itu,” kata Lilis.

     C   “Memang benar ibu, Banyak orang yang mengikuti ceramah motivasi itu!” kata Lilis.

     D   “Memang benar ibu. Banyak orang yang mengikuti ceramah motivasi itu” Kata Lilis.

2.  A   Cikgu Ella mengajar mata pelajaran bahasa melayu dan kemahiran hidup.

     B   Cikgu Ella mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kkemahiran Hidup.

     C   Cikgu Ella mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup.

     D   Cikgu Ella mengajar, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

3.   A   “Tahukah kamu bagaimana hujan asid berlaku?” tanya Cikgu Zul.

      B   “Tahukah kamu, bagaimana hujan asid berlaku.” Tanya Cikgu Zul.

      C   “Tahukah kamu, bagaimana hujan asid berlaku!” tanya Cikgu Zul.

      D   “Tahukah kamu bagaimana hujan asid berlaku,” tanya Cikgu Zul.

4.   A   Orang hutan makan buah-buahan; pucuk muda; bunga; dan serangga.

      B   Orang hutan makan buah-buahan, pucuk muda, bunga, dan serangga.

      C   Orang hutan makan: buah-buahan, pucuk muda, bunga dan serangga.

      D   Orang Hutan Makan buah-buahan, pucuk muda, bunga, dan serangga.

 5.  A   Hai, takkanlah perkara mudah seperti itu pun kamu tidak tahu buat!.

     B   Hai? takkanlah perkara mudah seperti itu pun kamu tidak tahu buat!.

     C   Hai takkanlah perkara mudah seperti itu pun kamu tidak tahu buat.

     D   Hai; takkanlah perkara mudah seperti itu pun kamu tidak tahu buat?.

Saturday 6 October 2012

KATA NAMA

PANDUAN MENULIS BAHAGIAN A


1.  Fahami Soalan
 - Baca soalan dengan teliti.
 - Fahami kehendak soalan.
2.  Bina Pelan Maklumat
 - Teliti grafik dan catat lima maklumat penting dan tepat.
 - Utamakan aktiviti yang dipaparkan.
3. Bina Ayat
 -  Bina lima ayat yang lengkap berpandukan Pelan Maklumat.
 -  Bina ayat gramatis dan tidak kurang enam perkataan.
4.  Semak P.E.T.A.I
   P = Perbendaharaan Kata
   E = Ejaan,
   T = Tanda baca,
  A =  Ayat,
   I   = Imbuhan.

KESALAHAN EJAAN

 
Salah
Betul
tusyen
Tuisyen
kuehtiaw
Kuetiau
pensil
Pensel
eletrik
Elektrik
perlantikan
Pelantikan
Temu janji
Janji temu
temuduga
Temu duga
satay
Sate
bistari
Bestari
mihun
Bihun
taugeh
Tauge
losyen
Losen
Ibu - bapa
Ibu bapa
beserta
Berserta
bumiputra
Bumiputera
Cop
Cap
Analisa
Analisis
maksima
Maksimum
sessi
Sesi
baucer
Baucar
pamir
Pamer
lapuran
Laporan
calun
Calon
lakun
lakon


                                                      

Friday 5 October 2012

TUGASAN 3 :PEMBANGUNAN BLOG P& P



Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.