Monday 12 November 2012

LATIHAN PENULISAN BAHAGIAN C

Tulis beberapa pengajaran / nilai murni yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 

“Sudah tiga kali kita ponteng sekolah, Azmat. Aku rasa bersalah. Ini bermakna sudah tiga kali aku membohongi ibu bapaku,” kata Jumat.
            “Sudahlah Jumat,mari kita pergi sekarang. Kumar dan Tuck Soon sedang menunggu kita di kedai permainan video itu. Jangan nak tunjuk baik pula,”kata Azmat.
            “Aku rasa perbuatan kita ini sia-sia sahaja. Rakan-rakan yang lain berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan, sedangkan kita berempat asyik melepak di kedai permainan video saja. Aku ingin mengubah nasibku dengan menjadi seorang pelajar yang berjaya,” kata Jumat.
            Kata-kata Jumat memeranjatkan Azmat. Dia akhirnya menyedari kesilapannya. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya mereka berjaya dalam UPSR. Ibu bapa mereka menangis gembira. Jumat dan rakan-rakannya berjanji untuk menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment