Monday 12 November 2012

PENANDA WACANA

 
Penanda wacana  ialah perkataan ataupun rangkai kata yang berfungsi untuk merangkaikan ayat bagi memperjelas atau melanjutkan sesuatu maklumat. Penggunaan penanda wacana dalam konteks ayat yang sesuai akan menghasilkan gaya penulisan yang menarik.
Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan ayat yang sempurna.

 
JENIS
CONTOH PENANDA WACANA
 
Turutan
Akhirnya, /  Keduanya,  /  Selaras dengan itu,  / Kemudiannya,  /  Selain…, /  Seterusnya,  /  Pertama sekali,  /  Lebih penting lagi,  
 
Penambahan
 
Sekali lagi,  / Hal ini juga,  /  Tambahan pula, / Seterusnya,
Kata
Hubung
dan   /  lalu   /  jika   /  agar  /  serta  /  tetapi  /  supaya  /   walaupun  /        
sungguhpun
 
Perbandingan
&
Pertentangan
 
tetapi  /  walaupun  /  sebaliknya,  /   seperti halnya dengan   /  berbeza 
dengan
 
Contoh
Umpamanya,  /   Contohnya,  /  Hal yang dimaksudkan ialah …  
Sebagaimana,   /   Biar kita ambil contoh,  /  Misalnya,
 
Masa
Sesekali, / Akhirnya, /  Selepas itu, / Sebelum itu, Pada masa yang sama, /
Pada mulanya,  /   Semenjak itu,  /  Belakangan ini,  /  Pada Ketika itu,  
 
Kesimpulan
 
Jadi,  /  Oleh itu,  /  Ringkasnya,  /  Pendek kata,  /  Demikianlah,  /             
Rumusannya,  /  Kesudahannya  /  Kesimpulannya,  /  Jelaslah bahawa,  /    
Pada keseluruhannya,  /   Sebagai penggulungan,
 
Umum
Justeru,  /  Lazimnya,  /  Dengan ini,  /  Sering kali,  /  Pada amnya,  /       
Kebiasaannya,  /  Banyak yang berpendapat bahawa …
 
 
Memberi
Contoh
 
Tamsilnya, ...
Sebagai contohnya, …
Biar kita ambil contoh, …
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah …
Contoh  yang  ketara  yang paling dekat dengan kita ialah ...
 
 
Memberi
Statistik
 
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak …
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan bahawa …
Statistik  yang  sahih  lagi  tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian pada tahun … yang menunjukkan bahawa sebanyak …
 

No comments:

Post a Comment